Tuesday, January 29, 2013

mati..-

sumber usahataqwa.com
"mati
pergi
bukan mahu kembali
dan tak mungkin datang lagi
hanya sekali
bukan untuk ditangisi
sekali lagi.........
ia dekat
dekat lagi
makin dekat
mendekati
kita tak tahu
muda atau dah tua
suatu hari
pasti"

6 comments:

  1. Phateh..
    A name that used to be in my dream long time ago. And I am wondering who was that?

    Mati itu rehat bagiku. Aku mahu ia sebenarnya kerana terkadang aku penat malah bertemu Tuhan lebih indah walau sebesar mana pun dosa tidak aku peduli kerana aku mahu terpana melihat Dia. Yang selalu aku kagumi dan rindu.

    ReplyDelete
  2. Tuhan aku mahu mati.. Kerana cinta juga aku gagahkan hati untuk terus hidup.. Tuhan kakiku sudah bengkak dan berdarah.. tapi mengapa aku masih tak boleh berhenti melangkah?

    ReplyDelete
  3. cik mayang........
    nama phateh saya amik dari nama Bendahara Acheh..
    Patih Gadjah Mada...saya amat mengkagumi sejarah...adjust sket amik berkat Sultan Muhammad Al- Fateh....salam perkenalan mayang sari..nama klasik yang ramai org tak guna....

    ReplyDelete
  4. Mungkin ada yang lebih tersirat dalam Phateh itu selain yang tersurat dalam sejarah. Mencari diri dengan mengembara merentasi masa. Jiwai ia bukan fakta sekadar yang semua bangga. Seperti ilmu di mana2 yang tiada jiwa. Mahu sahaja kubakar Universiti segala yang mewujudkan ilmu tiada rasa. Benar Phateh, aku pernah mahu berhenti belajar dulu kerana merasa asing dan kosong di dunia yang palsu itu. Bagiku kini hidupku seperti cabaran yang hebat dan aku adalah Pahlawan yang membelah masa biarkan mereka terpaku dalam waktu kosong yang terhenti. Aku takkan berhenti beritahu dunia bahawa kebenaran yang mereka cari itu mudah sahaja. Tidak perlu pening kepala.

    ...Teringat zaman dahulu, jika ada yang inginkan ilmu, mereka berkelana mencari guru di gunung dan gua serta hutan...untuk ketenangan dan fokus barangkali. maka nilai ilmu menjadi sungguh tinggi. Lihat kini, semua disuap dengan 'ilmu' sampai termuntah tak sempat nak hadam. Aku dan adindaku kini, mencari ilmu dan kebenaran dengan jalan terbalik mengikut arah jam bukan seperti mereka yang melawan arah jam. Wahai Phateh yang aku kira sahabat, sudikah kiranya kamu mengira dari 1,2,3 dan seterusnya bukan seperti mereka yang mengira dari kiri ke kanan itu? Fahami falsafahku dengan mata hatimu, moga kelak akan terbuka rahsia diri yang selama ini semua cari namun tidak ketemu. Rahsia itu ada dalam dirimu Nak... Carilah ia di dalam hiruk pikuk dirimu. Percayakan kata hatimu kelak kamu akan ketemu bahawa 'Bahasa Tuhan' itu lebih indah dan mengasyikkan dari sebesar alam fakta yang mereka bukukan.

    Mayang Sari..

    ReplyDelete
  5. Satu kunci yang aku temui sendiri... untuk membuka pintu ke alam yang lebih indah, penuh jiwa dan rasa.

    Hati yang suci dan Kasih Sayang...

    Biarkan mereka dan lihat jauh ke dalam hatimu...
    Biar tenggelam, biar berdarah, biar gila jika itu jalan untuk menjejak Sejati Diri dan lantas terbuka hijab demi hijab untuk melihatNya walaupun jasad masih bernyawa. Mengapa tunggu selepas mati untuk menikmati asyiknya Kasih Tuhan? Biar aku terseksa andai ini jalannya membuat manusia bahagia. Kita selama ini hanya kisahkan perut sendiri, sedangkan ramai di luar sana seakan mati kerana hampa dengan Tuhan. Aku mahu mereka tahu yang Tuhan itu ada dan Dia bukan datang membawa neraka. Padaku, aku butakan mata tentang Keburukan Dia tapi aku pandang Indahnya Dia...

    Moga Phateh sahabatku segera datang ke alam yang kami diami ini. Sungguh indah Nak.. cuma untuk Jiwa membesar ia perlu diseksa. Namun ia sungguh indah. Seperti Khalil, semua mencerca dia, namun manusia tidak tahu indah yang kami temu.

    Kami bukan cari nasi mengisi perut yang lapar sehari-hari. Kami mencari siapa diri kami. Siapa aku Ya Allah... Siapa aku...?

    Jasad, JIWA, ruh... dunia yang fana,
    Ilusi...lalu apa yang kekal Ya Allah..?
    Cukup menjejak diri ini buat aku sehampir mati, membuat aku sedar hanya teringatMu membuat aku hampir lenyap bagai diletup 'Bang'...lenyap aku Ya Allah.. zikir kepadaMu tidak usahkan berjuta malah dihitung seperti mereka si Sufi, cukuplah aku hanya cuba mencuba hanya untuk sekali pun tak sampai aku lenyap Ya Allah..

    Jika aku tak lepasi diri ini bagaimana aku mampu mnyingkap keindahanMu?

    ReplyDelete
  6. Phateh pernah datang sebagai keturunanku yang dulu dalam satu di antara mimpi-mimpiku..

    Bertemankan seseorang yang tak kelihatan wajahnya. Kamukah itu?
    Hahahaha....

    Phateh..phateh...
    Siapa kamu yang sebenar-benarnya...
    Kenalkah aku pada kamu suatu masa dahulu..?
    I will figure out!

    ReplyDelete