Monday, January 28, 2013

-ahli mesyuarat tingkap-

"berkata dengan lidah
hanya suara sendiri yang didengar
berkata dengan benar
hanya sendiri yang sedar
mata melihat kiri dan kanan
sedarnya dalam khayalan
menunduk tanpa angguk
mendongak dengan bongkak
suara diangkat tinggi
sedar diri sendiri
mata lain hanya memandang
luahan sendiri tanpa diundang
membelek - belek buat tipuan
menulis pena tak berdakwat
kosong
luar lain 
dalamnya lain
"

No comments:

Post a Comment