Monday, July 23, 2012

bangsa melayu

melayu.....
segenap kali ia berseru
menyeru bangkit
dari naga yang sakit
wangsa harimau yang lapar
dahagakan zaman keemasan
dulu
bangsa kita bukan bangsa terpinggir
bukan bangsa terakhir
tapi kita wujud dalam zaman dunia yang akhir
atlantis tempat kita berdiri
dongengan yang sebenarnya nyata
tatkala kita dimomokan kita terpendam dan terperap dalam gua
kita adalah kita
semenanjung emas
gunung emas
YA!!!!!!!!!!!!!
kita adalah bangsa emas
itu gelaran kita yang sebenar.!

14 comments:

  1. Bangsa Dewa Dewi mungkin? Seberani itukah kamu menjejak jauh ke belakang? Satu bangsa yang hanya tinggal mitos. Yang disembah bukan pinta mereka tapi kerana sanjungan yang bertukar rupa? Bangsa yang punya segala kuasa sakti. Pakaian bukan seksi tapi naluri sejati bukan seperti mata gatal yang dicucuk api seperti hari ini.

    HAhahahahahahahaha...
    Maafkan aku Annur membuka kunci lagi...huhuhuhu

    ReplyDelete
  2. teruskan saja wahai mayangsari,aku pasti akan ada yang mengerti isi hatimu...wahai phateh,maafkan kami berbuat suka disini...

    ReplyDelete
  3. Ada lagi Phateh..
    (sori kami lepak di sini kerana mcm best je suasananya huhu)

    Kunci seterusnya...
    Orang Jawa keturunan Dewa Dewi...?
    Opp..ss terkukak lagi bak kata Faris?
    Eh...Melayu la...
    Sailendra dari darah melayu kan?
    Borobodur corak sembah sakti Sang Hyang Pencipta?
    Ah...terlepas lagi adikku...
    huhuhu...

    Siapa bilang Hindu dari India?
    Masakan itu...
    Come on.. Land of Gods.. Tanah Dewa Dewi..
    Mahabrata Purana kisahkan mereka di tanah asal...
    Masakan Hindu dari India..
    Intisari pati ajaran itu bukankah Tauhid?
    Opp....terbukak lagi....

    Rahsia Tuhan tentang Wira Lagenda zaman-berzaman...
    hahahahaha...
    kamu semua kena tipu dek Tuhan...
    hahahaha....
    Asal bahasa berbunga sikit terus salah anggap maksud...
    ayoyo....otak kamu di mana manusia?
    Memperkecil Tuhan aku.
    Konon datang bawa api membakar...
    Takutkah kamu akan kegelapan wahai manusia yang pasti punya salah silapnya?

    ReplyDelete
  4. Dari mana datangnya Sakti?
    Dari Diri yang empunya diri...

    Dari mana datangnya Bukti?
    Dari yakin diri itu Diri.

    Kerana kita tidak wujud sama sekali.
    Hakikat Kun Fa Yakuun tidak datang sebaris dengan Hukum Di Lauh Mahfuz wahai sahabatku Phateh...

    Tamatkan zaman maya itu dan ikut berdetik bersama putaran waktu terbalik yang baru.

    Penstabilan kosmos... Masa terhenti seketika...
    Manusia dan alam tawaf arah apa...
    Borobodur arah apa pula?
    Hitam Putih warna seimbang... jangan pilih putih sahaja...

    ReplyDelete
  5. Yeah....mari kita serang mereka wahai adikku...
    hahahahahahahah

    Kita jadikan sini markas kita...
    hahahahahahahah

    ReplyDelete
  6. he...maaf tuan rumah...
    kami ni mmg takleh di jemput makan...nanti tak cukup

    ReplyDelete
  7. hahaha,apa ya nak dicakapkan?terus hilang kata2 ni...

    ya,sebelum pengakhiran zaman,segalanya berputar melawan arah jam,dan semenjak mulanya zaman baru,segalanya kedepan semula...

    ilmu yang bermula dari 12-11-10 bertukar menjadi 1-2-3...

    sebelum ini kita diberi bunga baru mencapai akar...tapi malang sekali bunga itu tak kita hargai,maka bertukarlah alam menjadi terbalik semuanya...diberi akar dahulu baru dapat hasilkan bunga baru yang lebih harum dan elok mekarnya...

    ReplyDelete
  8. Buka lagi wahai adikku... cinta ini tak tertahankan...
    Aku mahu termuntah....

    ReplyDelete
  9. maafkan kami wahai phateh, teratak kamu ini sangat damai...buat kami suka menuturkan kata2 disini...

    ReplyDelete
  10. juga kerana apa?
    kerana kami sakit memendam rahsia ini...

    biarkan si gila ini terus menyalak bagaikan anjing bagi kamu semua wahai manusia.

    ReplyDelete
  11. ya,tentang tenaga pink yang mula tersebar keserata alam ini...dhada rasanya tahu tentang ini...

    ReplyDelete
  12. ya...pejamkan mata....
    buka pula mata hati...
    kau akan lihat ia...
    pertembungan Dua Kuasa besar akan menghasilkan satu letupan tenaga yang maha hebat....sehingga memegang seluruh alam dan memaksa ia menukar putaran.

    Pertemuan dari janji yang sangat lama,
    Dari derita demi bahagia..

    Kunamakan ia......(tiada kata)..dari. Sang Hyang Penchinta
    Masukilah kota Cinta wahai anakku...Sang Dewata Raya

    ReplyDelete